BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Thursday, 14 January 2016

Replying part 1.

Assalamualaykum. This entry khas untuk jawab comment.

 Sebab hana' tak tau nak comment direct mcmmana. Banyak kali tekan post a comment tapi tak dapat.. Haih. :'(

 Untuk adik unknown. Akak tau awak budak sekolah akak. Hoho. 

Soalan first : Cara Hana' study. Hana; tak pernah ada jadual study yang fix sebab tak selalu ada kat rumah. Tapi memandangkan ramai jugak tanya pasal tips belajar hana' (acah pandai je). Hana' share yg mana mampu.

 1) Fokus dalam kelas. Its no matter how bosannya subjek tu. Mmg kena tumpu. Semua yg cikgu ckp hadamkan. And jangan hilang fokus. Sebab sekali hilang, susah nak dapat balikk.. Merana !!

 2) Cari redha guru dan parents. Ni PALING penting. Ambiklah tusyen sampai ke Amerika pun, kalau tak ada redha, tak jalan bruh. Mengumpat dan mengata cikgu adalah DILARANG sama sekali.
Even cikgu tak tau. (Of courselahh)

"Lol. Aku tak suka gila cikgu Lolo tu. Merepek memanjang. Dah laaa @!&@# !!"

Amat bahaya ye. Ulang sekali lagi, BAHAYA! Maybe cikgu tu tak tau, tapi kalau cikgu tahu dan dia terasa.. Jeng 2x.. FAILED lah examm jawabnyaa.

Same goes on parents. Elakkan naik suara ! Tak nafikan kadang2 TERlepas. Tapi pandai2 minta maaf baliklah sebelum terlambat.

3) Target subjek yang power. Contohnya hana' mmg suka arabic. So fokus untk subjek yang mudah dibawa. Yg susah tu fokus jugak. Cuma ini tips selamat untuk wujudkan A dalam exam

4) Belajar dengan ikhlas. Hana' mmg seorang yang tak ambik tusyen sebab tak nak penat.

"Belajar memang kena penat.."

Ya! Hana' tak kata hana' malas. Cuma jenis manusia macam hana' ni takkan fokus kalau diri dah penat. Mulalah kira putaran kipas atau mengelamun. So, bila mood xde.. Fokus akan terhenti. dan ikhlas tu mmg susah laa nak cari/

Bila ikhlas, semua benda boleh masuk. Mood pun happy je and kefahaman kita bertambah even subjek killer mcm addmath :)

5) Doa dgn yakin.

Soalan second : Mcmmana nak kawal sifat sombong bila org puji "pandainyaa" dan tak tau nak ajar org.

Yang ni lagilah tak boleh nak nafikan. Lumrah manusia suka dipuji. Siapa je yang suka kena hina..
Hatta nenek2 pun kalau dipuji, bahagiaa jugak.

Ni lagilah remaja. Mmg time yang sesuai nak tonjol diri. Tapi ingat! pujian itu MEMBUNUH jika tak dikawal.

Bila kita dipuji, cepat2lah istighfar. Ataupun rajin2 lah berkawan dgn org yg hebat dari segi ilmu dan akhlak. SUPAYA bila dipuji, kita akan tersa hina berbanding dengan org2 yang kita kenal yang lebih hebat drpd kita.

Satu lagi, kalau dipuji.. Puji lah balik org tu.. Win-win situation kan. Jangan lupa ucap Alhamdulillah dan Haza Min Fadhli Rabbi. (Ini semua kurniaan Allah)/ Perkara ini akan menyebabkan (skema) pujian itu kita kembalikan kepada sang pencipta kita, Allah/

"Saya tak tau nak ajar org.."

Dulu hana' pun kekok nak ajar org. Lagi2 jenis yang lambat faham. Uji kesabaran lah juga.. Tapi mengajar org ni tinggi pahalanya. Nak2 org tu sampaikan pada org lain. MashaAllah !!

Untuk fahamkan org, kita kena ajar daripada hati dan ke hati.. (So sweettt!!!) Kalau dia tak faham, ajar dan ajar sehingga dia faham. Kalau mmg speed dia mmg slow, ajak dia jumpa yang lebih sensei dan sifu drpd kita. Even bukan kita yang ajar, sekurang2nya kita dah bantu kann??

Sekarang nak pukul 12 dah. Esok sekolah. Actually Hana' nak post benda lain malam ni. Tapi terlihat comments ni. Hana' reply lah :) Harap menjawab persoalan. Wallahua'lam. Wassalamualaykum wbt.

Tusbihu ala kheyr readers :)

Your celoteh blogger,
Ukhti Nadhrah al-Kelantani

1 comments:

Kaneki Ken said...

Alhamdulillah terjawab . Sy suke ayat "haza min fadhli rabbi"
Huehue syukran ya ukhti
Gudluck spm ~!