BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Tuesday, 22 November 2016

Melayangnya cintaku

MELAYANGNYA CINTA💛💛


Masih menanti,
Bilakah kau mahu pulang kembali,
Jendela hatiku masih terpatri,
Cintamu masih dihati

Sudah lama kau tak berkunjung,
mengetuk pintu ruang hatiku,
aku seumpama lagu tiada irama,
hanya menunggu bertatahnya noktah.

Seakan tangisan disadur kerinduan,
lambaian cintamu kian menghilang,
dek kerakusan syaitan durjana,
kau terperangkap di bumi tercinta.

Sayangku,
bertabahlah kau di sana,
doaku sentiasa bersama,
biarlah syahidmu menjadi saksi,
kerana cintamu buat Ilahi.

Layangan cintaku sudah menjauh,
Seiring dengan pantasnya waktu,
Sekalung cinta aku sisipkan,
buatmu ummah yang aku rindukan.

YA ALLAH,
SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA.
SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DI SYRIA, ROHINGYA, PALESTIN, MESIR DAN DI SELURUH PELOSOK ALAM INI.
BERILAH KETABAHAN UNTUK MEREKA MENGHADAPI SEMUA INI.

YA ALLAH,
BANTULAH KAMI MELAWAN KUFFAR DURJANA.
HANCURKANLAH KEZALIMAN MEREKA
PECAH BELAHKANLAH PAKATAN MEREKA.

AMIIN~

Thursday, 10 November 2016

Drama semalam

Assalamualaykum and Haiii

Salam SPM untuk semua. Haha =)

Esok budak SPM ni x hadap paper.. So, alkisah nak celoteh jap.. Nanti nak telan math, syariah, quran sunnah, Addmath. *saje bold subjek tu*

Jom kita layan drama nak?

Suri Hati Mr Pilot

Dahsyatt storyline dia.. Macam2 krisis nak dapat bahagia.. Baru nak baik, accident. Dah sembuh, bergaduh pulak.. Bertahun-tahun baru nak rapat balik. Macam-macam.. Kesian2.

Next drama.

Dia Semanis Honey

Eh jap~ Ni lagi dahsyattt.. Kalau boleh, semua masalah nak datang dalam masa yang sama. Pening dibuatnya, Dengan berpuluh2 episod diaa,,,Haih laa.

BUT! NI DRAMA PALING LATEST

siapa dah tengok? Ngeri sangat~ lebih seram daripada cerita pontianak, friend request, conjuring semua lah.

Kalau belum tengok, hana' nak belanja tiket wayang ni.. Tajuk dia..

THE PRESIDENT ELECTION

Drama ni paling banyak krisis. Seriously.. Actually drama ni baru terbit semalam. Start daripada tu, producer x habis2 terima panggilan telefon daripada penonton sebab drama ni paling win. Nak tau?

Cerita dia pasal seorang presiden yang baru naik and dah tunjuk taring. Haa.. bukan sebarang drama ni. Drama yang dapat ranking tertinggi kat twitter and insta. Sebab hero dia terlalu berani and dah bukak dasar2 baru untk tempoh 24 jam.

Siapa lagi kalau bukan Donald Trump?

Actually pelakon ni dah lama dah apply nak jadi hero dalam drama. But, dia ada clash sikit dengan heroin yang nama dia clinton. Bincang punya bincang, dia yang naik. Dengan gahnya, dia dah pandai jadi direktor and boleh tulis skrip sendiri and melakonkan watak tu sendiri.

Haih laa..

Umat Islam dah makin bahaya sekarang.. Semoga Allah kuatkan kita untk menghadapi drama-drama akan datang. Ya Allah~ Wujudkan direktor yang hebat utk membantu kami..


#SPMdulu

Wassalam

Your bebel SPMer,
Nadhrah