Assalamualaykum readers.
Hey ! Long time no see maa.
"Panjangnyaaaa tajuk entri kali ini."
"Hehe.. Buang tabiat jap :)"
A membuka instagramnya dan mengupload gambar selfienya yang cukup menawan. Bak kata lelaki, gegar tulang rusuk. Alamak ! Baca Quran tak pulak nak gegarnya.
PakPandir.co : Lawaaaaa.. Nak number.
Joyah,co ; Gilaa cantiksss.
MinahKepochi ; Melt
B pun upload gambar jugak and gambarnya agak stylo di situ. Rambut terpacak macam KLCC. Hidung mancung tak jatuh-jatuh. Mulalah igers memberi komen.
KakakCantik : Handsome ah.
MakBedah : Boleh buat menantu ni.
AdikCun : Wuuuuuu.. Ramai peminat ni.
C memandang rumahnya yang menunggu roboh. Hidupnya kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Anak-anaknya berderet kelaparan. Duit sesen pun tak ada. Hidup menganggur.
D pula memandang rumahnya yg serba mewah. Lantai licin boleh buat cermin. Nak selfie kat situ pun boleh, *Hambar*. Dinding bercorak. Aircond setiap celah dinding ada. Semuanya lengkap. Semuanya ada. Petik jari je.
E dapat result exam. Banyak sangat Gajahnya. Ya ampun.. Tak terkira nak !! Angsa nya boleh kira dengan jari. *tolong faham kinayah ni*
F dapat result gempak. Tak tau dah nak kongsi A dengan siapa. Hidungnya kembang kempis je. Diameter lubang hidung makin bertambah boleh kira dengan pai.
" Apalah kau merepek ABCDEF ni. Aku bukan budak tadika nak belajar ABC."
Hehe.. Chillax bruh~ Entri kali ini hana' nak cerita tentang ujian. Bukan ujian kat sekolah tu. Yang tu celah gigi je. *bajet*. Ujian utk individu lain2 tau. Allah bagi ikut kemampuan kita. Cuma orang Malaysia ni nampak ujian tu semuanya NEGATIF.
Asal kalah sikit. UJIAN. Asal miskin je. UJIAN. yang lain tak nampak dah. Sebenarnya.. CANTIK ITU UJIAN. Allah nak tengok setakat mana kita bersyukur dengan kecantikan dan kehenseman yang kita ada. Macammana kita manage kecantikan dan kehenseman kita. Adakah kita bongkak? Adakah makin org puji kita makin suka? Lepastu upload lagi. Tak salah upload gambar, just betulkan niat. Kita lawa mana pun hensem mana pun hodoh mana pun.. Allah tak pandang janji TAQWA tu. The most important!
HARTA JUGA UJIAN. Kenapa? Allah nak uji kita macammana kita guna harta tu. Kalau org yang tak mampu, Allah nak tengok tahap mana kita usaha nak dapatkan harta. Cara halal ke haram.. Kalau yg kaya, ringan tak tangan tu nak infaq? Nak sedeqah? Ataupun simpan buat khazanah berkulat?
ILMU PUN UJIAN. Heh, serius ah? Yah! Allah nak tgk kita yang pandai ni share tak ilmu kita? Guna ilmu kita sebaiknya tak? Hmm.. Ke kita balut jadi ikan pekasam.. Kita sombong dengan ilmu kita tak? Kita amalkan tak? Bagi yg kurang pandai. Allah nak uji kita mcmmana kita usaha nak dapat ilmu tu.. Macammana kita punya effort tu smpai kita dapat ilmu setanding dengan yg cerdik.
So, semua ujian yg Allah buat bukan saja2. Allah nak kira effort dan kerendahan hati kita. Bila Allah bagi nikmat, Allah nak uji dengan kerendahan hati. Bila itu musibah, Allah nak tgk effort dan kebergantungan kita kepadaNya.
Haza Faqat Minni. Wassalam.
Your beloved blogger,
As-syahidah dukturah Nadhrah Al-Kelantani
Thursday, 10 December 2015
Ini betul-betul cobaan.
Posted by Unknown at 05:30 1 comments
Friday, 6 November 2015
Muru'ah
Assalamualaykum and Hye :)
Dah sebulan Hana' mengumpul sarang labah-labah dalam blog ni.. (Metafora).
Sibuk dengan exam. Alhamdulillah dah habis SMU, Tapi siri pembunuhan sel-sel otak terus berlaku melalui Peperangan Final Exam.
Hana' pun tak sempat ank sambung buat novel lagi. Still in exam. Tapi rindu nak sapu sarang labah2. Hehe/ Memandangkan sekarang kecoh satu Malaysia tentang Vape. Hana' pun menyelit jugalah eh.. Lel.
Memang hana' suka letak tajuk yang kdg2 pelik dengan fokus utama. Tapi actually tak lari pon. Vape dan Maruah.
"What do you mean?" -Just In Bibir-
Tak nak lah cerita keburukan and fact about vape. Cliche lah. Ramai blogger boloeh tulis.
Boleh cari je kat As-Sheikh Duktur Google.
TAPI...
Maruah tak boleh nak cari.
Sekarang ni, bukan lelaki je yang guna vape. Tapi ada lah beberapa golongan perempuan yang gunakan vape. Golongan2nya ialah ;-
1) Yang tak SEDAR DIRI dia tu wanita
2) Yang rasa diri tu boleh LANGGAR syariat.
3) yang rasa maruah tu MURAH.
dan banyak lagi. Senang cerita bila rasa MALU tu dah tercabut.
marah ni tapi sayang sebab tu tegur. *sinsing lengan*
Wanita?
Kalau zaman dulu. Terkenal dengan sifat lemah lembut, malu, sopan and senang cerita perempuan melayu terakhir lah.. Sebab mereka ada Malu.
Kalau dalam bahasa Arab wanita ialah Mar'ah. Kan nak dekat2 tu dengan Muru'ah. Eja pun sama dalam arabic font. So, maruah sgtlah bersimbolik dengan wanita.
Bagai huruf A dan B.. Tak ada A maka tiadalah B. Tiada maruah tiadalah wanita.
"Kak, kalau tak ada wanita, nok panggil gapo hok x dok maruah tu?"
"Panggillah dengan apa2 yang sepatutnya. Tetapi dia bukan wanita yang jaga maruah"
Macam nilah senang cerita. Zaman Jahiliah dulu wanita dihina. Tapi bila Islam datang. Wanita sangat mahal. Nak kahwin pun ada maharnya. Bukannya pakai cilok.
So, bila Islam dah naikkan. Asal kita turunkan? Itu namanya akal cetek. *Sinsing lengan balik*
"Wehh.. Relax ah. Diorang yang guna. Bukan KAU!"
masalahnya hana' pun spesies wanita. So tak salah kalau nak tegurkan? Lagi2 tengok kakak2 kat luar yang guna vape then pakai tudung. Malulah .. *tutup muka*
Tu je yang nak bebel.
Jaga maruah jaga agama jaga ummah.
Wassalam.
Beloved pembebel,
Nadhrah
Posted by Unknown at 02:35 0 comments
Tuesday, 6 October 2015
Hurriyyah
Assalamualaykum.
Dah lama hana' tak menyemakkan entries dalam blog.
Firstly macam biasa. Hana' akan terangkan pilihan tajuk kali ini.
APA ITU HURRIYYAH?
- Hurriyyah tu maksudnya merdeka. (( Calling for freedom..freedom))
KENAPA?
- Hana' saja je ambik tajuk ni walaupun dah lepas bulan Ogos. This is important.
Semalam ada berita mengatakan TPPA dah selamat ditandatangani.
"Minah, amende pulak lah TPPA tu?"
Readers boleh cari dekat mana2 website yg boleh dipercayai tentang TPPA. Dan perjanjian ni amat merbahaya. Kaitannya dengan Hurriyyah ialah negara.
Eh.. Ingat senang ke Malaysia nak merdeka? Macam beli top up and then terus masuk dalam simcard.
TAK ! kita kena jajah 446 tahun dulu baru dapat merdeka. Tu pun bukannya 100%. Ada jugak perencah cukup rasa milik penjajah yang still masuk dalam makanan kita. *Analogi* I means dia orang still ada kuasa kat kita.
Tapi lepas merdeka, senang2 pula kita nak jual balik tanah kita. Ini bukannya macam main masak-masak, dah bersepah, kemas balik. Ni bab hak. Hak kita ! Kenapa tak boleh pertahankan? Nenek moyang kita dh susah payah cari perkataan MERDEKA kita senang2 buang perkataan A , K , E , D , R , E , M. Pastu kita reka satu perkataan JUAL. Yea !!
Ingat senang nak susun perkataan MERDEKA.. memerlukan percikan2 darah para pejuang, memerlukan titisan air mata ibu dan anak, memerlukan serakan suara jeritan penduduk. Memerlukan trakea-trakea bergabung untuk menyuarakan pendapat. dan barulah MERDEKA dapat dicapai.
446 tahun bukan sekejap. Lamaaa !! Kau menghadap whatsapp pun tak sampai 48 jam dah sakit kepala. Inikan lagi 446 tahun kena jajah.
Sebab itu, kita kena hargai HURRIYYAH yang kita ada, Bukannya kita buang abjad2 tu dan jadikannya HURU HARA.
Tolonglah~~
Hargai kemerdekaan yang kita ada.
#BantahTPPA
#Janganjualnegara
Wassalam.
From me ; Dukturah Nadhrah MS
Posted by Unknown at 02:02 0 comments
Thursday, 6 August 2015
Ikhtilat???
Assalamualaykum semua <3
Tiba-tiba hari ini tergerak nak tulis tentang ikhtilat.
Apa itu ikhtilat?
:) Ikhtilat ialah percampuran antara lelaki dan perempuan.
Hukum ikhtilat sebenarnya HARAM. Tetapi dibolehkan atas sebab2 tertentu. Nanti reader carilah ye info pasal ikhtilat dgn blog2 lain. Hana' cuma nak sentuh hikmah ikhtilat je.
Ini yang Hana' dapat .. ( atas pendapat sendiri dan telah memikirkannya seharian suntuk )
1) Maruah perempuan yang sgt berharga. Masa zaman Jahiliah dulu, perempuan ni ala-ala hamba abdi gitu. Tak ada kehormatan. Ikut suka hati lelaki nak buat apa. Tapi, bila Islam muncul, Islam naikkan martabat wanita.
"Mek, apa kaitan dengan ikhtilah wehh?"
Kaitannya ialah apabila lelaki bergaul dengan perempuan bebas tanpa batasan. Bila boleh gelak sama2, tepuk sana sini, secret conversation dan lain2. SATU, boleh timbul fitnah. DUA, lelaki tersebut (kalau niat jahat) boleh rendahkan martabat perempuan tu dengan pelbagai cara/ Salah kita juga, mesra sangat dengan lelaki. So, take the risk ye makcik2.
2) Selamatkan daripada Zina. Tak payah nak sebut dalil tu sebab memang dah makruf dah antara kita.. Namun, majoriti daripada kita tahu dekat mulut je.. JANGAN DEKATI ZINA. Tapi hakikatnya 2x5 je. Heh :") Tapi kalau yg amalkan betul2 ayat tu THUMBS UP!!
Bila kita jauhi ikhtilat, automatiknya kita xkan terjebak dengan zina. Takut tgk gejala sekarang. Seawal usia kanak-kanak yang sepatutnya bermain2 dan belajar dah bergelar seorang ibu yang sepatutnya digalas oleh wanita 20 tahun ke atas.
So bersyukurlah sesiapa yg period lambat dan kena semasa dah tahu haq dan bathil.
3) Elak fitnah. Sama je macam point atas. Cuma, ikhtilat ni banyak menyebabkan kita terleka. Betul tak? Jangan tipulah!! Bila kita rapat dgn seorang ni, kita akan ingat dia as kawan baik ataupun ehem2. Dan bila jadinya macam tu, kita pun dengan addicted nya sentiasa bercakap dengannya.. Dan mulalah joyah2 sekolah berbunyi.
" Hey minah, kau tahu tak yang Ali tu couple dengan Nona.."
Dan bermulalah penyebaran metro fitnah murai.com. Joyah2 mula mengeluarkan status hubungan seseorang walaupun sebenarnya salah. Kemudian berlaku penafian dan memanggil joyah.com untuk menarik balik kata2.
" I tak couple pun dengan Ali. Kami mmg rapat. "
- Nona Nuni. 16-
Tapi, walaupun berlaku penafian di joyah.com. Anda sudahpun terkena fitnah. Jadi nak elak awal2, avoid ikhtilat.
Haza Faqad Minni Fi Hazal Layl. Layl Saied.
p\s: Nukilan hati semata2.. Tak terkait dengan hidup atau mati. dan celoteh2 diatas juga untuk diri sendiri yang kadang2 terjebak juga dengan gejala ikhtilat ni :)
Wassalamualaykum warahmatullah.
Ukhtukum Fillah abadan abadaa,
Nadhrah The Pharmacist InshaAllah
#Doakan Hana' untk exam Sijil Menengah Ugama ye.
Posted by Unknown at 06:47 0 comments
Saturday, 9 May 2015
Stuck In Exam !!
Okay. Ini contoh apa yg saya nak smpaikan.
Assalamualaykum, readers.
Guess what ?!? Minggu lepas, minggu ni and next week.. Ada benda yg menghantui saya.. Hantu ni wajib ada kat semua orang. Let guess.. Hmm. Of course la encik exam. Aargh..
"Eih budak ni, nak exam..main post2 blog pulak."
Okay.hmm. maybe nak release stress.. Tapi tu bukan point utama saya.
Saya nak cerita kat sini tentang disiplin ilmu.
"Der~ tak masuk dengan topik pun."
Memanglah.. saja nak buat gempak. Baru org baca.
Agak cliche rasanya. Eh tak!! Saya tak nak sentuh pasal hormat, tekun and yg biasa tu.
Okay, kat sini ramai je yg ada whatsapp, telegram and other benda2 tulah.. *saya x de smartphone*. ×who cares?×
Ini contoh situasi yg saya nak tekankan..
Pemegang kunci kaabah bermimpi blablablabla.. Siapa tak sebar dlm masa 24 hrs dia akn kena bala... Contoh.. Blabla.. Siapa sebar bnyk manfaat boleh dapat. Blablabla..
And one more,
Sabda rasulullah blablabla...
let say hadith palsu la senang kan :) okay apa yg dikaitkan dengan disiplin ilmunya ialah..
senang je.. JANGAN SEBAR BENDA YANG KITA TAK PASTI. Just in case kalau benda kita sebar tu salah.. dan org percaya dan org amalkan.. kita berdosa tau.. So, nak elak daripada benda tu twrjadi, better avoid it, right? So, apa2 berita yg kita dpt mesti kena sahkan dulu dengan mana2 alim ulama' , asatizah and mana2 org yg mahir dlm bidang tu. Asalkan jangan org yang sesat :'(
Thats all for this morning..
Wish me najah baheer for exam yea..
Beloved Ukhti,
Nadhrah el-Kelantani
Wassalam
Posted by Unknown at 20:02 1 comments
Its All About Money
Assalamualaykum reader.
Duit $_$ hey.. Come on la ! Siapa x nak ada duit? Der~ kalau kita x de duit kat dunia ni ibarat hidup kita mcm pasir je.. x bernilai.
Wow.. Jangan kata saya mata duitan ! =,= tak. Masalahnya sekarang, memang semua orang wajib ada duit kan?? So whatt??. Okay apa yg saya nak aampaikan tgh malam angin berbisik ni ialah..
AMANAH.. *creep sound effect sikit* Dushoomm!!
"Hana', awak jadi bendahari kelab chess"
"Hana', lu jadi bendahari PBSM. Amacam?"
"Hana', enti jadi bendahari pengawas ye."
Der~ tiga jawatan bendahari dlm setahun ingat kerja ringan ke? Sekupang hilang pun kena tanggung tau.. tapi markah koko nnti tinggi.. *haipp! Ikhlaskan hati*
Apa yang nak tekankan kat sini, bukan nak kepoh jadi bendahari.. But, amanah dlm sesuatu pekerjaan.. Tak kisahlah jadi ahlong kelab ke, jadi typewriter kelab ke, jadi pak cik kutip sampah kelas ke.. Bila adanya tugas sekecil manapun ia, well it will terkait dengan benda ni, *AMANAH*
even tugas untuk hantar buku kpd cikgu. Come on laa !! Benda ni bukan main2 tau.. sbb kalau kita khianat.. Itu salah satu tanda munafiq. Nauzubillah. Hmm.
lagi2 duit. Sekecil2 bendahari sehinggalah sebapak2 bendahari. Weyy !! Duit jangan buat main eh.. ingat senang nak dapat? Tapak selangkah, sejuta turun langit? Maaf ganas sikit. Ini benda SERIUS. honestly, saya sendiri dpt tanggungjawab ni pun nak menangis tau. OOPS! Bukan menangis terharu dapat banyak vote eh..
"Thanks sebab undi I. I appreciate sgt."
Tapi menangis kalau duit tu hilang. Whoo~ benda paling ngeri. Lagi ngeri drpd result addmath failed. *metafora melampau* so, siapa pemegang amanah duit negara tu. BEWARE! Anda akan dipersoalkan di akhirat nnti.. Nasihat for me jugak yg suke berceloteh.. Okay, thats all for this nite. Sweet dream :)
Esok bangun cari duit lagi..
"Ya Allah, letakkanlah dunia di tangan kami bukan pada hati kami. Dan letakkanlah akhirat di hati kami."
Hey guys, muhasabah diri dulu ye sebelum berlayar.. Bye !
Beloved bloggie,
Dr. Nadhrah
Wassalam
Posted by Unknown at 08:26 0 comments
Hakikatnya kita sendiri~
"Der~family aku ramai doe, Aku ada 10 adik beradik. Tak campur cousins lagi. Memang macam tin sardin kalau semua balik kampung."
"Der. Dengarlah cite aku. Aku anak tunggal. Cousins aku pon bukan ramai sangat. Kalau raya, x meriah langsung. Seghupe aku cakap dengan dinding."
Apa kaitan dialog di atas dengan tajuk ni. Rasanya tajuknya x berapa cliche kot~ sbb jarang org sentuh. Berbanding post2 saya sebelum ni memang cliche habis lah. Okay, disebabkan tajuk ni x brp cliche. Just read okay :)
Ok, kaitannya ialah bilangan manusia. Okay, mungkin agak tak fhm. Senang cerita, kita selalu rasa macam ni.
'Oh, aku ada ramai manusia dgn aku'.
Tapi yea. Hakikatnya kita sendiri. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab semua isi hati kita, hanya kita dan Allah je yg tahu. Fikiran kita, akhlak sebenar kita, buruk baik kita yang tahu hanya KITA. Nonetheless, kalau memang ada manusia yg memang bocorkan segala perangai dia. I dun think so..
Jadi, kalau kita sendiri.. So what, jemah?? So, kita jelah yg boleh ubah diri kita kan ?!? Masalah yang paling common kita selalu buat.
"Kak, macammana eh nak ubah perangai saya yang blablablabla *tertakluk*?"
"Adik kena study blablabla *tertakluk*.."
Next month, jumpa ikon lain. Tanya benda sama.. dan sampai la bila2.. tapi x prnh berubah. And your last point is
"Saya dh buat, tapi x jadi. Saya mungkin x pandai mcm akak."
He3. Guess what? Awak rasa dh berjuang elok2 ke, sayang?? So think. Yourself know the best and plan the best for yourself. Org lain tak boleh nak ubah awakk.. Just be yourself coz Allah know the best for you :) Chill, bro!! Kun anta wa la takun others.. :) :)
Oh.. satu lagi, kenapa hakikatnya kita sendiri? Even berjuta org duduk dgn kita. Sebab dalam kubur kita memang sendiri :) *harap fhm*.
Beloved bloggie,
Nadhrah
Wassalam
Posted by Unknown at 07:10 0 comments
Sunday, 4 January 2015
T~T
Rasanya Hana' dah lama tak update blog.. Al-maklumlah pt3 punya pasal..
Alhamdulillah, result pun baik.. Mungkin tak sebaik orang lain, tapi ada hikmah di sebaliknya. InshaAllah.. Masa mula2 tu sedih lah jugak. Tapi bila fikir balik, result Hana' ialah among the best. Syukran Ya Allah.. :) Hana' tak nak berceloteh panjang.. Tapi nak share sesuatu.. Tapi ni just copy from my facebook. Tak smpat nak berceloteh dlm ni..
Tentang download Mad'u.. Mungkin sharing ni tak sehebat blogger yg lain.. Tapi ni bagi pendapat saya sendiri. Maaf kalau ada kekhilafan.. :)
Pernah main My talking tom? Tak taulah kot2 Hana' je yg macam budak2.. Tak kisahlah.. Game yg ade unsur caring.. Ex :pou..
Posted by Unknown at 05:21 0 comments