Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaykum :)
First entry for February 2016. Sibuk sgt2 sebab tahun ni hana' SPM. doakan eh eh.
Tajuk entry kali ini hana' rasa tak de siapa yg dapat guess. Kehkehkeh, Let me tell you.
Comel sangat tajuk dia. *Hikks*
Lup dup tu simbolik untuk jantung. Asas bunyi la senang cerita. Entry kali ni bukan nak cerita pasal biology tau. Tapi apa yang kita boleh ambil contoh daripada jantung.
Haritu hana; belajar tajuk jantung. Then, sir ada keluarkan ayat mcm ni.
"Jadilah mcm jantung. 24 hours bekerja. Kita tidur, dia kerja. Kita kerja dia pun kerja. Langsung tak berhenti. So, kena rajin macam jantung."
Hana' terfikir nak buat entry dlm blog. Hehe. Bukan soal kerajinan je, jantung ni tunjang kehidupan. Kalau tak ada jantung, macammana darah nak berjalan.
Setiap apa yg Allah buat, mesti kita dapat belajar daripadanya. Jadi Allah jadikan jantung untuk suntik semangat kita.
Bayangkan eh. Jeng jeng.
Jantung bekerja seiring dengan umur kita TANPA berhenti. Rajin kan? Padahal jantung hanyalah organ di dalam badan kita. Tak terasa malu ke kita mempunyai organ yang sgt rajin tapi kita yang memiliki organ tu malas?
Anologinya.
Ada sebuah syarikat ternama. Pekerjanya semua rajin2. Pendek kata, semua kerja yang diarahkan siap sepenuhnya pada masa yg tepat. Tapi, boss syarikat tu pemalas tahap beruk padang pasir. Jadi, lama2 syarikat yang ternama tu jatuh.
Ha!! Macam tulah kita. Kalau tak ambik kerajinan jantung kita, kita yang rugi. Kita failed SPM pun, jantung tetap kerja. Kita yang menangis berbaldi2. Kita tak dapat jawab exam addmath pun, jantung still bekerja, kita yang sengsara satu dunia.
So, selagi jantung kita berdegup, hargailah pengorbanannya dengan melakukan apa yang terbaik sebelum jantung kita isi borang resign letak jawatan. Kalau dia resign, semuanya akan lingkup serta merta.
Hush.. Jangan serious sgt baca tu. Refleksi malam2 angin berbisik plus elnino gurun sahara,
Your blogger,
Little Pharmacist Bebel2.
Nadhrah.
Tuesday, 2 February 2016
Lup Dup
Posted by Unknown at 05:49 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)