Bismillah walhamdulillah.
Allah masih bagi peluang kat Hana' nak berceloteh bebel dalam blog ni.
dan yang paaaling penting, Allah bagi nikmat Iman, Islam dan kesihatan utk hana'. Huh menguji betul musim2 el nino ni.
Assalamualaykum readers.
Pernah tak dgr hadith ni.
Daripada Ibn Umar r.a.d.anhuma daripada Rasulullah s.a.w bersabda, "Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan......"
-Bukhari Muslim-
Jangan tipu tak pernah dengar.. Haaaaa!!
Baca mafhum hadis ni pun dh dapat agak apa yang makcik ni nak bebel malam2 ni.
Of courselah tentang Tanggungjawab.
Semua manusia tak boleh lari daripada tanggungjawab. Dan semua manusia sebenarnya adalah pemimpin. Even orang miskin, org kaya tahap langit, org cantik ala2 cleopatra, org hensem, org pandai, org tak pandai tahap siput berjalan , Semuanya pemimpin.
"Ek eleh, Kau nak hina aku kan? Aku mana ada jawatan kat sekolah. Masalah disiplin pun bertimbun. Nak kata aku pemimpin? Hang biar betul?"
Tak2. Tak hina dan sindir. Memang betul secara zahirnya kita tak de jawatan kat sekolah. Hanya pelajar biasa. Tapi sedarlah siapa kita.
Sekecil2 tanggungjawab ialah pimpin diri kita. Pimpin iman kita. bukan let it go~~
Tanggungjawab mengawal nafsu, turun naik iman dan kesihatan. Semua tu takkan berjalan dengan elok tanpa kita pimpin.
Pagi ni makan sayur. Petang makan tu. Malam makan ni. Semua kita yang kena plan. Mana ada sayur datang kat kita then cakap..
"Kak, malam ni makan saya tau kalau nak sihat.." -Bayam-
" Pukul sekian2, kau kena minum aku.." -air kosong-
Mana logik. Itu baru tanggungjawab kecik. Kalau kita PELAJAR, kita kena BELAJAR. Kalau kita CIKGU, kita kena MENGAJAR. Kalau kita DOKTOR, kita kena MERAWAT. Kalau kita TUKANG MASAK, kita kena MASAK. Kalau kita TUKANG SAPU, kita kena SAPU. sebab itu namanya TANGGUNGJAWAB. Apa2 pun jawatan yang kita sandang ataupun tidak, yang paling penting. Terimalah hakikat bahawa :-
KITA IALAH PEMIMPIN BAGI DIRI KITA.
Tegur sebab sayang.
Tusbihu ala kheyr.
Selamat berhujung minggu bagi yang tak sekolah esok.
Ahakks.
2355.
Wassalam.
Your Pembebel Free Of Charge,
Assyahidah Dukturah Nadhratul Hana' Mohd Soberi.
Saturday, 16 January 2016
Aku pimpin siapa?
Posted by Unknown at 08:06
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment