BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Tuesday, 23 August 2016

Nikmat kegagalan

Assalamualaykum reader, 


Alhamdulillah trial hana' dah smpai penghujung. Episod-episod keputusan tu hana' doa jelah yang terbaik. Walaupun maybe tak memberangsangkan.

Keif hal? Bulan ni gigih sikit nak coret2 dalam ni :)

Kenapa gigih?

Sebab trial ni banyak ajar hana'. Jatuh bangun dalam belajar. Ada orang kata hana' pandai *acah dalam cermin jap*

Tapi hakikatnya, orang pandai tak akan selalu kat atas kan? Kadang2 Allah uji kita macam2. Kadang2 kita rasa diri kita kuat, tapi Allah bagi setitik je ujian, bertitik-titik air mata jatuh mcam banjir.

Tapi....

time Allah uji kitalah, time tu kita akan bergantung sangat2 kat Allah, Sayangnya Allah kat kita, Allah takkan bagi kita sedih, Nak bukti?

Haritu hana' mmg give up atau dalam istilah lain, futur sangat. Rasa nak berdiri pun lemah je.. Nak senyum kat orang, heh memang harapan. 3 hari menangis je just sebab takut nak hadap addmath. Mata bengkak takyah cakaplah.

Pastu, hana' rasa macam rinduuuuu sangat nak baca Al-Qur'an. Even everyday baca. Rasa rindu yang tahap gigamega punyaa. Lepas maghrib after menangis jawab addmath *susaaaaaaahhhh*, hana' baca Qur'an and tau takkkkk.

Rasa macam tenang sangattt dan tak pernah rasa mcm tu kecuali time betul-ii sedih. Rasa terubat. Pastu hana' terus tidur. Dengan tak study langsung fizik.. Hoho.

Hana' kunci jam pukul 2. Bangun tu senang sangat. Allah tolong. Hana' mandi and qiyam. Haaa, of courselh nangis lagi kan. Pastu baru bukak buku fizik. Baca semua2 sampai pukul 5.

And tau takkk jadi apa,
yang hana' study SEMUA masuk. Rasa nak sujud syukur je masa tu. Walaupun jawapan hana' maybe tak sebaik yang hana' baca, tapi rasa nikmat sangat.

SEBAB TULAH TAJUKNYA NIKMAT KEGAGALAN,

Biasanya kita takkan rasa Allah sayang kita sampai Allah uji kita, Orang selalu kata, Ujian itu ada hikmah. dan hana' sokong sangat2. Sebab masa tulah kita akan rapat sangat dengan pencipta kita. Masa tu kita memang bergantung dengan Allah dan masa tulah Allah bagi special treatment kat kita.

Nikmat disebalik kegagalan. Allah nak suruh kita ingat Allah balik. Maybe masa kita berjaya, banyak kita lupa Allah. Lupa nak bersyukur, So,,, sebelum kita betul-betul lupa Allah, Allah uji kita. Sebab tu nak berjaya, kena taqarrub dengan Allah.

Wallahu a'lam. 

Thank you baca cerita a.k.a drama hana' malam ni.

From,
Little pembebel, Nadhrah

Thursday, 11 August 2016

Banana to Unknown

Assalamualaykum readers.

Di kesempatan ini, (uhhhhukkss) Disebabkan esok x de paper, so nak bebel kat dalam blog jap. Malam ni taknak tengok buku. Heh =)

Ehh hana' nak makan pisang? Tak2.

Hana' nak story lah ni. Nak story pasal 'Matured'.

LOL !! Kenapa banana?

Sebab hana' teringat dulu2 (zaman ada tv kat rumah) kalau kat tv3 tu untuk kanak-kanak slot dia BANANANA,,,

kenapa unknown?

Haaaaa..meh2 hana' gitau secret. *acah*

Haritu hana' nak pergi toilet. Pastu ada junior hana' jumpa bagi surat. (bukan love letter).. Pastu dia cakap.

"Kak Hana', ni nama budak2 main bola kat kelas.."

I was like... Seriously? Main bola pun nak report kat aku ke? Masa tu macam nak gelak sebab hana' pun dah lama x buat kerja menulis nama budak nakal dalam kelas.

Tapi bila muhasabah bali. Yess~~ Semua pernah lalui zaman tu dan junior hana' tu tengah lalui zaman tu. Time tu dah stop gelak *even mmg lawak*. Mungkin hana' dulu lagi childish kot, Org meniru time exam, hana' yg x senang duduk. Last2 menangis. Ambik!! Hahaha

So, thats why laa adanya unknown di situ. Dari kita kecil, perubahan demi perubahan kita akan rasa. Dari ABC sampailah x+y.. Yeah, unknown bi ma'na kita dah semakin besar. Dulu semua nilai diberi, sekarang cari unknown sendiri.

Matematik pun ikut peringkat tau. Tadi trial suruh cari sudut. Panjang tak bagi langsung. Ehhh, bagi X je.. What on the world I am? So... lama2 kita jadi matang dan semakin matang menilai sesuatu. *masuk tajuk balik* Persepsi kita pun akan berubah,

Andddd I know bila 20 tahun akan dtg hana' baca ni.. Mesti mcm terdetik "tak matangnya entries aku."Tapi inilah kita. Kita akan buat dengan apa yg sesuai dgn keadaan kita dan lama2 kita akan berubah dan terus berubah.

Ust hana' pernah cakap masa hana' form 2.

"Nanti kamu dah naik 15, kamu akan rasa macam2 dan masa tulah kamu sendiri akan tentukan cara hidup kamu."

Yup.. BENDA TU TELAH TERBUKTI. Apa yang kita buat time remaja, susah nak lupus mcm tu je. Sbb its all about trying. Nak2 lagi budak sekolah. Tak dinafikan, mmg akan tergelincir jugak lah. Tapi pandai2 seret balik tau. Jgn tergelincir je.. Nnti seliuh teruk.

*tolong faham metafora melampau ni.*

Ibrahnya, pastikan setiap perubahan kita menuju kematangan ialah kematangan yang positif bukan negatif. Semoga jadi insan berguna :)

Doakan saya TRIAL. Mahu menangis rasanyaaaa.. Ilalliqa'

Your blogger bebel2,
Nadhrah