BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Thursday, 10 December 2015

Ini betul-betul cobaan.

Assalamualaykum readers.
Hey ! Long time no see maa.

"Panjangnyaaaa tajuk entri kali ini."
"Hehe.. Buang tabiat jap :)"

A membuka instagramnya dan mengupload gambar selfienya yang cukup menawan. Bak kata lelaki, gegar tulang rusuk. Alamak ! Baca Quran tak pulak nak gegarnya.

PakPandir.co : Lawaaaaa.. Nak number.
Joyah,co ; Gilaa cantiksss.
MinahKepochi ; Melt

B pun upload gambar jugak and gambarnya agak stylo di situ. Rambut terpacak macam KLCC. Hidung mancung tak jatuh-jatuh. Mulalah igers memberi komen.

KakakCantik : Handsome ah.
MakBedah : Boleh buat menantu ni.
AdikCun : Wuuuuuu.. Ramai peminat ni.

C memandang rumahnya yang menunggu roboh. Hidupnya kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Anak-anaknya berderet kelaparan. Duit sesen pun tak ada. Hidup menganggur.

D pula memandang rumahnya yg serba mewah. Lantai licin boleh buat cermin. Nak selfie kat situ pun boleh, *Hambar*. Dinding bercorak. Aircond setiap celah dinding ada. Semuanya lengkap. Semuanya ada. Petik jari je.

E dapat result exam. Banyak sangat Gajahnya. Ya ampun.. Tak terkira nak !! Angsa nya boleh kira dengan jari. *tolong faham kinayah ni*

F dapat result gempak. Tak tau dah nak kongsi A dengan siapa. Hidungnya kembang kempis je. Diameter lubang hidung makin bertambah boleh kira dengan pai.

" Apalah kau merepek ABCDEF ni. Aku bukan budak tadika nak belajar ABC."

Hehe.. Chillax bruh~ Entri kali ini hana' nak cerita tentang ujian. Bukan ujian kat sekolah tu. Yang tu celah gigi je. *bajet*. Ujian utk individu lain2 tau. Allah bagi ikut kemampuan kita. Cuma orang Malaysia ni nampak ujian tu semuanya NEGATIF.

Asal kalah sikit. UJIAN. Asal miskin je. UJIAN. yang lain tak nampak dah. Sebenarnya.. CANTIK ITU UJIAN. Allah nak tengok setakat mana kita bersyukur dengan kecantikan dan kehenseman yang kita ada. Macammana kita manage kecantikan dan kehenseman kita. Adakah kita bongkak? Adakah makin org puji kita makin suka? Lepastu upload lagi. Tak salah upload gambar, just betulkan niat. Kita lawa mana pun hensem mana pun hodoh mana pun.. Allah tak pandang janji TAQWA tu. The most important!

HARTA JUGA UJIAN. Kenapa? Allah nak uji kita macammana kita guna harta tu. Kalau org yang tak mampu, Allah nak tengok tahap mana kita usaha nak dapatkan harta. Cara halal ke haram.. Kalau yg kaya, ringan tak tangan tu nak infaq? Nak sedeqah? Ataupun simpan buat khazanah berkulat?

ILMU PUN UJIAN. Heh, serius ah? Yah! Allah nak tgk kita yang pandai ni share tak ilmu kita? Guna ilmu kita sebaiknya tak? Hmm.. Ke kita balut jadi ikan pekasam.. Kita sombong dengan ilmu kita tak? Kita amalkan tak? Bagi yg kurang pandai. Allah nak uji kita mcmmana kita usaha nak dapat ilmu tu.. Macammana kita punya effort tu smpai kita dapat ilmu setanding dengan yg cerdik.

So, semua ujian yg Allah buat bukan saja2. Allah nak kira effort dan kerendahan hati kita. Bila Allah bagi nikmat, Allah nak uji dengan kerendahan hati. Bila itu musibah, Allah nak tgk effort dan kebergantungan kita kepadaNya.

Haza Faqat Minni. Wassalam.

Your beloved blogger,
As-syahidah dukturah Nadhrah Al-Kelantani