BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Tuesday, 6 October 2015

Hurriyyah

Assalamualaykum.
Dah lama hana' tak menyemakkan entries dalam blog.

Firstly macam biasa. Hana' akan terangkan pilihan tajuk kali ini.

APA ITU HURRIYYAH?
- Hurriyyah tu maksudnya merdeka. (( Calling for freedom..freedom))

KENAPA?
- Hana' saja je ambik tajuk ni walaupun dah lepas bulan Ogos. This is important.

Semalam ada berita mengatakan TPPA dah selamat ditandatangani.

"Minah, amende pulak lah TPPA tu?"

Readers boleh cari dekat mana2 website yg boleh dipercayai tentang TPPA. Dan perjanjian ni amat merbahaya. Kaitannya dengan Hurriyyah ialah negara.

Eh.. Ingat senang ke Malaysia nak merdeka? Macam beli top up and then terus masuk dalam simcard.
TAK ! kita kena jajah 446 tahun dulu baru dapat merdeka. Tu pun bukannya 100%. Ada jugak perencah cukup rasa milik penjajah yang still masuk dalam makanan kita. *Analogi* I means dia orang still ada kuasa kat kita.

Tapi lepas merdeka, senang2 pula kita nak jual balik tanah kita. Ini bukannya macam main masak-masak, dah bersepah, kemas balik. Ni bab hak. Hak kita ! Kenapa tak boleh pertahankan? Nenek moyang kita dh susah payah cari perkataan MERDEKA kita senang2 buang perkataan A , K , E , D , R , E , M. Pastu kita reka satu perkataan JUAL. Yea !!

Ingat senang nak susun perkataan MERDEKA.. memerlukan percikan2 darah para pejuang, memerlukan titisan air mata ibu dan anak, memerlukan serakan suara jeritan penduduk. Memerlukan trakea-trakea bergabung untuk menyuarakan pendapat. dan barulah MERDEKA dapat dicapai.

446 tahun bukan sekejap. Lamaaa !! Kau menghadap whatsapp pun tak sampai 48 jam dah sakit kepala. Inikan lagi 446 tahun kena jajah.

Sebab itu, kita kena hargai HURRIYYAH yang kita ada, Bukannya kita buang abjad2 tu dan jadikannya HURU HARA.

Tolonglah~~
Hargai kemerdekaan yang kita ada.
#BantahTPPA
#Janganjualnegara

Wassalam.
From me ; Dukturah Nadhrah MS

0 comments: