BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Thursday, 6 August 2015

Ikhtilat???

Assalamualaykum semua <3

Tiba-tiba hari ini tergerak nak tulis tentang ikhtilat.

Apa itu ikhtilat?

:) Ikhtilat ialah percampuran antara lelaki dan perempuan.

Hukum ikhtilat sebenarnya HARAM. Tetapi dibolehkan atas sebab2 tertentu. Nanti reader carilah ye info pasal ikhtilat dgn blog2 lain. Hana' cuma nak sentuh hikmah ikhtilat je.

Ini yang Hana' dapat .. ( atas pendapat sendiri dan telah memikirkannya seharian suntuk )

1) Maruah perempuan yang sgt berharga. Masa zaman Jahiliah dulu, perempuan ni ala-ala hamba abdi gitu. Tak ada kehormatan. Ikut suka hati lelaki nak buat apa. Tapi, bila Islam muncul, Islam naikkan martabat wanita.
 
           "Mek, apa kaitan dengan ikhtilah wehh?"

Kaitannya ialah apabila lelaki bergaul dengan perempuan bebas tanpa batasan. Bila boleh gelak sama2, tepuk sana sini, secret conversation dan lain2. SATU, boleh timbul fitnah. DUA, lelaki tersebut (kalau niat jahat) boleh rendahkan martabat perempuan tu dengan pelbagai cara/ Salah kita juga, mesra sangat dengan lelaki. So, take the risk ye makcik2.

2) Selamatkan daripada Zina. Tak payah nak sebut dalil tu sebab memang dah makruf dah antara kita.. Namun, majoriti daripada kita tahu dekat mulut je.. JANGAN DEKATI ZINA. Tapi hakikatnya 2x5 je. Heh :") Tapi kalau yg amalkan betul2 ayat tu THUMBS UP!!

Bila kita jauhi ikhtilat, automatiknya kita xkan terjebak dengan zina. Takut tgk gejala sekarang. Seawal usia kanak-kanak yang sepatutnya bermain2 dan belajar dah bergelar seorang ibu yang sepatutnya digalas oleh wanita 20 tahun ke atas.

So bersyukurlah sesiapa yg period lambat dan kena semasa dah tahu haq dan bathil.

3) Elak fitnah. Sama je macam point atas. Cuma, ikhtilat ni banyak menyebabkan kita terleka. Betul tak? Jangan tipulah!! Bila kita rapat dgn seorang ni, kita akan ingat dia as kawan baik ataupun ehem2. Dan bila jadinya macam tu, kita pun dengan addicted nya sentiasa bercakap dengannya.. Dan mulalah joyah2 sekolah berbunyi.

                          " Hey minah, kau tahu tak yang Ali tu couple dengan Nona.."

Dan bermulalah penyebaran metro fitnah murai.com. Joyah2 mula mengeluarkan status hubungan seseorang walaupun sebenarnya salah. Kemudian berlaku penafian dan memanggil joyah.com untuk menarik balik kata2.

            " I tak couple pun dengan Ali. Kami mmg rapat. "
                                     - Nona Nuni. 16-

Tapi, walaupun berlaku penafian di joyah.com. Anda sudahpun terkena fitnah. Jadi nak elak awal2, avoid ikhtilat.

Haza Faqad Minni Fi Hazal Layl. Layl Saied.

p\s: Nukilan hati semata2.. Tak terkait dengan hidup atau mati. dan celoteh2 diatas juga untuk diri sendiri yang kadang2 terjebak juga dengan gejala ikhtilat ni :)

Wassalamualaykum warahmatullah.

Ukhtukum Fillah abadan abadaa,
Nadhrah The Pharmacist InshaAllah

#Doakan Hana' untk exam Sijil Menengah Ugama ye.










0 comments: