MELAYANGNYA CINTA💛💛
Masih menanti,
Bilakah kau mahu pulang kembali,
Jendela hatiku masih terpatri,
Cintamu masih dihati
Sudah lama kau tak berkunjung,
mengetuk pintu ruang hatiku,
aku seumpama lagu tiada irama,
hanya menunggu bertatahnya noktah.
Seakan tangisan disadur kerinduan,
lambaian cintamu kian menghilang,
dek kerakusan syaitan durjana,
kau terperangkap di bumi tercinta.
Sayangku,
bertabahlah kau di sana,
doaku sentiasa bersama,
biarlah syahidmu menjadi saksi,
kerana cintamu buat Ilahi.
Layangan cintaku sudah menjauh,
Seiring dengan pantasnya waktu,
Sekalung cinta aku sisipkan,
buatmu ummah yang aku rindukan.
YA ALLAH,
SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA.
SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DI SYRIA, ROHINGYA, PALESTIN, MESIR DAN DI SELURUH PELOSOK ALAM INI.
BERILAH KETABAHAN UNTUK MEREKA MENGHADAPI SEMUA INI.
YA ALLAH,
BANTULAH KAMI MELAWAN KUFFAR DURJANA.
HANCURKANLAH KEZALIMAN MEREKA
PECAH BELAHKANLAH PAKATAN MEREKA.
AMIIN~
0 comments:
Post a Comment