BLOGGER TEMPLATES AND Tumblr Themes »

Wednesday, 4 May 2016

Tafakkaru~

Assalamualaykum and hye..
Dah lama tak bebel dalam ni. (acah lama je).
Ehemm. Harini Hana' macam nak bercerita lah malam ni.

Tajuk dia~~~

Burung dan anaknya.
Mungkin tajuk ni tak menarik. Tapi cerita dia agak gempak. (CERITA BENAR)

Alkisah seekor burung berterbangan. Niatnya mencari tempat untuk membuat sarang.

     "Hai lah elnino. Aku dah kontang idea nak cari tempat bersarang. Aku buat sarang kat pokok nanti ada ular pulak. Dengan waktu panas macam ni, kan best ada cool blog.."

Tiba-tiba.. Matanya tertancap pada sebuah rumah yang cantik. Tingkapnya terbuka. Burung itu pun singgah sebentar dan memantau kawasan yg agak strategik untuk bersarang.

     "Hmm. bawah lampu ni cun jugak nak bersarang. No one can disturb. Hmm.. Nice lah!!" fikir cik burung itu.

Jadi, mulalah burung itu melakukan projek pembinaan sarang berstatus 5 bintang. Akhirnya, siaplah sarang itu. Tidak lama kemudian, burung itu bertelur dan telur itu menetas.

    " Yeayy.. Aku jadi ibu." Riang burung itu tak terhingga.

Chip chip!! *bunyi anak burung*

       "Ibu janji akan jaga kamu baik2. Everyday ibu bagi makan cacing first class. KFC. Kentucky Fried Cacing."

Dan anak2nya semakin membesar.

       "Eh, mana anak burung tu?. Tak bunyi pun.." tanya tuan rumah itu.

       " Entahlah. Ada je. Cuba tengok." jawab isterinya

   Tuan rumah itu pun menggunakan telefon bimbit yg serba canggih utk melihat situasi anak burung itu. Alangkah terkejutnya, anak2 burung itu mati.

  Tuan rumah itu pun menanam bangkai anak2 burung itu. Dan kehidupan berjalan seperti biasa.

Suatu hari.... Jeng3x.

  Tuan rumah naik ke tingkat atas rumahnya. Dia terhidu bau yg kurang enak. Lalu tuan rumah itu mencari arah bau itu.  Tuan rumah menjumpai bangkai ibu burung itu di atas almari. Akhirnya, terlerailah misteri mengapa anak burung itu mati.

"Pergh,, beb.. Aku tak suka cerita burung bagai ni. Motif bruh motiff?"

Sabar.
Motif cerita bebelan panjang2 malam ni ialah Allah bagi kita banyak pengajaran melalui pelbagai bentuk.

So, harini melalui kisah haiwan. Macammana pengorbanan seorang ibu terhadap anak2nya. Kita boleh gambarkan kan.. Anak dia mati sebab ibu dia mati. Tak ada sumber makanan sebab anak2nya masih lemah dan bergantung pada ibu sepenuhnya.

  Mungkin ibunya mencari makanan, dan terkandas tak jumpa jalan keluar. Akhirnya mati. Penantian anak2nya pun berakhir dengan kematian kerana tiada tempat bergantung.

 Sama juga dengan manusia. Jangan sombong sangatlah even dah besar pokok durian. Still bergantung dgn parents. Right? Jadi, selagi ada parents dalam dunia ni.. Hargailah sebelum semuanya terlambat. Alang2 nak hari ibu dah.. Why not we thank them for all theiir sacrifices? I love you mama.

This is my mom. My beloved mom. The only one and forever in my heart. My queen. My strength and my power. Thank you mama for all your sacrifices. Doakan kakak utk SPM dehh.. Love you till the moon and back.



Nah tisu~~ Jangan nangis..

P/s : Doakan hana' untuk mid sem ni. Biar comey sikit result. and doakan utk SPM. Hana' minta maaf kalau ada salah laku, tersalah bicara. semualahhh..

Tamatlah cerita ini.
Cerita benar tapi ditokok tambah sedikit. Hehe.
Lail saied,

Wassalam.

Little pharmacist bebel2,
Nadhrah M.Soberi.



 


0 comments: